Amaran hujan berterusan tahap waspada di 4 negeri

Amaran hujan berterusan tahap waspada di 4 negeri

Beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu diramal dilanda hujan berterusan bermula selama dua hari bermula 16 Nov.

Pahang dan Sabah diramal berdepan hujan berterusan tahap waspada bermula 17 hingga 19 Nov.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di empat negeri, bermula Khamis.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan berterusan dijangka di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu pada 16 hingga 18 Nov.

“Kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Pasir Puteh, dan Kuala Krai,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut memaklumkan hujan berterusan dijangka di Pahang dan Sabah pada 17 hingga 19 Nov.

“Kawasan terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan sementara di Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” kata kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.