Siapa keluar Hospital al-Shifa, tentera Israel tembak

Siapa keluar Hospital al-Shifa, tentera Israel tembak

Doktor Hospital al-Shifa berkata terdapat lebih 100 jenazah di pekarangan hospital.

Seorang pakar sakit puan, Fadia Malhis, berkata sesiapa cuba mengebumikan jenazah di pekarangan hospital juga akan ditembak. (Gambar AP)
GAZA:
Seorang doktor di Hospital al-Shifa di Bandaraya Gaza melaporkan tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.

Seorang pakar sakit puan, Fadia Malhis ketika dihubungi Agensi Anadolu berkata, tentera Israel mengepung kawasan hospital dan jarak mereka hanya satu meter dari pintu hospital.

“Mereka menembak sesiapa sahaja yang cuba keluar dari hospital termasuk saya. Jika ada sesiapa yang bergerak antara unit-unit, mereka juga ditembak. Terdapat banyak jenazah di pekarangan bilik kecemasan, keadaan sangat teruk dan berbahaya, ia sukar untuk digambarkan.

“Ia umpama sebuah penjara tanpa air, elektrik atau makanan. Terdapat lebih 100 jenazah di pekarangan hospital. Mereka menembak sesiapa yang cuba mengebumikan jenazah. Kawasan pekarangan hospital penuh dengan jenazah,” kata doktor itu.

Beliau berkata terdapat 60 bayi di unit rawatan rapi, 39 daripadanya ditidurkan (intubate), seorang bayi meninggal dunia pada sebelah petang dan bayi-bayi ini mungkin akan mati seorang demi seorang akibat kekurangan bahan api.

“Tolong, selamatkan kami, hentikan perang ini, jika tidak kami akan mati. Ada orang mati di mana-mana sahaja. Selamatkan kami, keadaan sangat teruk,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.