Lelaki Myanmar dibaham harimau, kematian ke-2 dalam 48 jam

Lelaki Myanmar dibaham harimau, kematian ke-2 dalam 48 jam

Polis berkata, mangsa diserang harimau kira-kira 1.30 tengah hari ketika menoreh getah bersama isterinya.

Polis berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau.
PETALING JAYA:
Seorang warga Myanmar menjadi mangsa kedua maut diserang harimau di sebuah ladang di Kampung Meranto, Gua Musang dalam tempoh kurang 48 jam.

Ketua Polis Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, Ahka Soe Ya, 22, diserang haiwan itu kira-kira 1.30 tengah hari ketika menoreh getah bersama isterinya.

Katanya, mangsa itu dibawa ke hospital oleh empat warga Myanmar, termasuk isterinya, selepas meminta bantuan seorang lelaki tempatan di tapak pemeriksaan kayu balak berhampiran.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital selepas menerima rawatan kecemasan.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat serangan harimau,” katanya menurut Bernama .

Sik berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan mati mengejut.

Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan meneruskan pemasangan kamera dan perangkap bagi mengesan serta menangkap haiwan itu.

Jumaat lalu, mayat seorang lelaki Indonesia ditemui di sebuah ladang di Hutan Simpan Jalan Sri Bintang, Kampung Meranto.

Mayat Lalu Sukarya Yahya, 42, ditemui dalam keadaan tidak sempurna, dipercayai angkara harimau apabila anggota penyelamat menemui cebisan kaki mangsa di kawasan cerun kira-kira 500m dari lokasi operasi mencari dan menyelamat.

Cebisan badan dan sebahagian kaki mangsa ditemui kira-kira 300m dari kawasan penemuan pertama.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.