Perhimpunan Agung PBB lulus undi sah kedaulatan Palestin ke atas sumber asli

Perhimpunan Agung PBB lulus undi sah kedaulatan Palestin ke atas sumber asli

Resolusi PBB itu juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi dan ancaman sumber asli di wilayah diduduki rakyat Palestin.

PBB meluluskan resolusi mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur. (Gambar AFP)
NEW YORK:
Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) mengundi menyokong resolusi mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka.

Resolusi itu mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan kedaulatan penduduk Arab di Golan Syria ke atas sumber asli mereka, lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Resolusi itu juga menyeru Israel untuk menghentikan eksploitasi, kerosakan, punca kerugian atau kekurangan dan mengancam sumber asli di wilayah terbabit.

Selain itu, resolusi berkenaan menegaskan bahawa pembinaan tembok apartheid, penempatan Israel di Tebing Barat yang diduduki termasuk Baitulmaqdis Timur, dan merampas sumber semula jadi rakyat Palestin merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Resolusi itu turut menggesa Israel mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa berkaitan pembinaan tembok apartheid yang tidak sah.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.