
Perdana menteri dalam ucapan perayaan Deepavali, berkata nikmat dan khazanah negara mesti dirasai semua secara adil dan saksama.
“Kejamakan budaya di negara ini mesti terus dipertahan tanpa diganggugugat oleh mana-mana pihak. Sebarang percubaan untuk melemahkan tiang masyarakat ini mesti dipatahkan dengan sikap beserta nilai dan budi pekerti yang tinggi.
“Kerajaan perpaduan akan memastikan pembangunan sosioekonomi semua rakyat, pengagihan kekayaan yang lebih saksama dan bantuan kepada yang memerlukan disampaikan dengan lebih tuntas dan cekap,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, perayaan Deepavali adalah salah satu jalan dalam membangunkan Malaysia yang madani, hormat menghormati selain memelihara kerukunan antara kaum.