Jangan tangguh projek PSKL 2040, PM ingatkan DBKL

Jangan tangguh projek PSKL 2040, PM ingatkan DBKL

Anwar Ibrahim berkata kelewatan projek akan memberi kesan kepada kepentingan pelaburan, masyarakat.

Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL2040) yang bertujuan memacu pembangunan ibu negara. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Perdana menteri mengingatkan projek kerajaan di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) tidak boleh ditangguhkan.

Anwar Ibrahim turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memberikan laporan kepadanya dalam dua minggu selepas pelan terbabit dilancarkan hari ini untuk melihat kemajuan pelaksanaan.

Menurutnya, tindakan melengahkan pelaksanaan projek sedemikian akan memberi kesan kepada kepentingan pelabur dan masyarakat.

“Saya ingatkan apa-apa keputusan tadi dalam tempoh dua minggu saya mahu supaya laporan disampaikan tentang pelaksanaan.

“Kalau tidak nanti keputusan tangguh hingga tahun depan kerana Disember separuh cuti. Kalau ambil cuti, Disember mesti ada laporan berkala,” katanya ketika melancarkan PSKL 2040 hari ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata kelulusan projek mesti disegerakan yang disifatkan belum memuaskan walaupun telah ada perubahan positif pada tahun ini berbanding sebelumnya.

“Tetapi saya kata tak memuaskan kerana mengapa Malaysia dengan jentera dan infrastruktur sebegitu rupa tak boleh capai 80% pelaksanaan projek,” katanya.

PSKL 2040 adalah antara komponen utama Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 yang mengandungi visi, matlamat, hala tuju strategi dan tindakan untuk memandu Kuala Lumpur pads masa depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.