Harimau belang ditemui mati dilanggar treler

Harimau belang ditemui mati dilanggar treler

Bangkai haiwan berkenaan ditemui di tepi pembahagi jalan di Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung, Perak.

Bangkai harimau belang yang ditemui mati akibat dilanggar treler di Lebuhraya Plus pada awal pagi tadi. (Gambar Perhilitan)
IPOH:
Seekor harimau belang ditemui mati dipercayai dilanggar sebuah treler di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan berhampiran hentian sebelah Gua Tempurung, awal pagi tadi.

Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Teh Kok Lim berkata Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke lokasi kejadian selepas menerima aduan.

“Harimau jantan berusia anggaran lapan ke 10 tahun itu dilanggar lori treler dan ditemukan mati di tepi pembahagi jalan di lebuh raya terbabit.

“Kita percaya harimau belang ni adalah binatang yang dilaporkan sebelum ini menyerang ternakan dan menimbulkan kegusaran penduduk sekitar Kampar sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, populasi babi hutan yang menurun akibat wabak demam babi Afrika (ASF) menyebabkan harimau merayau ke kawasan pinggir kampung dan menyasarkan haiwan ternakan penduduk.

Teh berkata bangkai harimau berkenaan telah dibawa ke Pusat Perlindungan Hidupan Liar Sungkai (NWRC) untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.