
Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa wujud tapak pembuangan sampah haram berhampiran sebuah projek, lombong pasir di Semapus selain kolam ikan di Bukit Madai di tanah dipercayai milik kerajaan.
Hilman mempersoalkan dan mendakwa tiada tindakan diambil ke atas penceroboh itu seperti arahan kepadanya supaya mengosongkan pusat khidmat komuniti miliknya dengan alasan “pencerobohan tanah kerajaan”.
Jun lalu, Hilman diarah mengosongkan pusat khidmatnya yang terletak di atas tanah kerajaan oleh pentadbir tanah daerah Gombak.
“Saya mohon kerajaan negeri serius dan ambil tindakan segera.
“Kita mahu lihat apakah tindakan sama sebagaimana dilakukan kerajaan negeri pusat terhadap pusat khidmat DUN yang kononnya saya ceroboh secara haram,” katanya.
Hilman berkata demikian selepas meninjau lokasi terbabit yang terletak bawah DUN Gombak Setia.
Menurutnya, kerajaan negeri harus bersikap adil dan profesional dalam hal berkenaan termasuk membuat laporan polis ke atas penceroboh terbabit.
Beliau berkata, pencerobohan tanah yang didedahkan itu memberi kesan kepada alam sekitar yang memerlukan tindakan segera kerajaan negeri.