
Beliau berkata RM38 itu merangkumi kos mencetak, penghantaran serta pengagihan, manakala peruntukan RM10 juta akan digunakan untuk mencetak 265,000 naskhah al-Quran.
“Jadi dengan RM38 pengiraan saya dalam RM10 juta itu, ada 265,000 insya-Allah pada tahun 2024,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelepasan Konvoi Kembara Zakat 2023, hari ini.
Mohd Na’im mengulas dakwaan Idris di Parlimen, bahawa percetakan senaskhah al-Quran berharga RM500.
Sementara itu Mohd Na’im berkata, sehingga kini sebanyak 96,000 naskhah al-Quran sudah diagihkan dalam empat bahasa iaitu bahasa Inggeris, Mandarin, Khmer dan Sweden.
“Sekarang ini kita sudah agihkan 70,000 cetakan dalam bahasa Inggeris, 20,000 Mandarin, 5,000 Khmer dan 1,000 Sweden,” katanya.
Beliau turut menyeru masyarakat supaya bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk melaksanakan operasi mewakafkan satu juta naskhah al-Quran.
“Kita harapkan dengan berwakaf al-Quran ini, dapat menarik minat orang yang bukan beragama Islam untuk mendalami agama Islam,” katanya.