Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024

Isu pegangan saham FGV dijangka selesai sebelum pertengahan 2024

Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek berkata pihaknya sedang pertimbang nyahsenarai FGV daripada bursa atau kurangkan pegangan Felda dalam syarikat itu.

Felda memegang 82% kepentingan dalam FGV dan ia melebihi syarat ditetapkan Bursa Malaysia bagi pegangan awam minimum 25% daripada jumlah saham.
KUALA LUMPUR:
FGV Holdings Bhd dijangka mengumumkan perincian berkaitan pegangan saham dipegang Felda dalam syarikat itu sebelum pertengahan tahun hadapan.

Felda memegang 82% kepentingan dalam FGV dan ia melebihi syarat ditetapkan Bursa Malaysia bagi pegangan awam minimum 25% daripada jumlah saham.

Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek, berkata perbincangan bersama Bursa Malaysia Bhd sedang dijalankan dan keputusan berkenaan isu tersebut dijangka diumumkan dalam masa beberapa bulan lagi.

“Kita sedang mempertimbangkan sama ada menyahsenaraikan FGV daripada Papan Utama Bursa Malaysia ataupun mengurangkan pegangan kepentingan oleh Felda,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu dalam program temu bual eksklusif “Hala Tuju Felda Pacu Ekonomi Negara” terbitan Bernama Radio.

Bursa Malaysia memberikan lanjutan masa kepada FGV untuk mematuhi syarat pegangan saham awam selama enam bulan lagi dari 3 Sept 2023 sehingga tamat tempoh lanjutan pada 2 Mac 2024, selepas mengambil mengambil kira semua keadaan syarikat tersebut.

Sejak Februari 2021, pegangan saham awam syarikat perladangan itu berjumlah 13.09%, kurang daripada pegangan awam minimum 25%, justeru melanggar peraturan penyenaraian bursa.

Situasi tersebut berlaku selepas Felda Holdings melancarkan tawaran am mandatori untuk FGV pada 2020 dan berakhir dengan pemilikan lebih 75% daripada pegangan syarikat itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.