
Johari berkata beliau dimaklumkan ada seorang Ahli Parlimen pengsan semalam. Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut.
“Kepada sesiapa yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan, saya melanjutkan tarikh akhir hingga Selasa minggu depan,” katanya di Dewan Rakyat.
Sehingga hari ini, seramai 196 daripada 222 Ahli Parlimen, dan lima senator yang juga menteri sudah menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pada September lalu, Johari mengarahkan semua Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan kerana bimbang dengan tahap kesihatan mereka.
Katanya, seramai 11 Ahli Parlimen meninggal dunia sejak 15 tahun lalu, sepanjang beliau menjadi wakil rakyat.
Pada Julai lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia akibat pendarahan otak.