
Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee berkata antara perkara perlu dipertimbangkan sama ada panduan itu turut terpakai kepada Ahli Parlimen bertaraf anggota eksekutif yang mungkin mempunyai urusan lain.
Pernah menjadi timbalan speaker yang memahami selok belok peraturan mesyuarat, beliau berkata kehadiran Ahli Parlimen adalah subjektif dan sukar memastikan kesemua 222 ahli berada di dewan sepanjang persidangan.
“Saya Ahli Parlimen mesti hadir Parlimen, tetapi memalukan (disenaraikan di laman sesawang sebab ponteng)…ia bukan satu perkara baik untuk angkat martabat Parlimen.
“Soal kehadiran ini subjektif, sebab ada Ahli Parlimen duduk satu minit keluar dan pulang tanpa berbahas juga dikira hadir, jadi macam mana nak nilai kehadiran,” katanya di Dewan Rakyat.
Sementara itu, Speaker Johari Abdul menepis bahawa kenyataan Ronald itu berniat jahat kepadanya, menjawab soalan dibangkitkan RSN Rayer (PH-Jelutong).
Johari berkata cadangan itu akan dibincangkan dalam jawatankuasa Parlimen sebelum dimuktamad.
Sabtu lalu, Johari berkata tindakan itu antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan Parlimen diwakili.
Menurut Johari, cadangan itu akan dibincangkan bersama jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan