Bukan amaran tsunami, siren SAATNM berbunyi kerana masalah teknikal, kata MetMalaysia

Bukan amaran tsunami, siren SAATNM berbunyi kerana masalah teknikal, kata MetMalaysia

MetMalaysia memohon maaf atas kejadian siren amaran tsunami yang berbunyi di Kota Belud, Sabah pagi tadi.

Kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) yang berbunyi di di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah di Kota Belud, Sabah kerana masalah teknikal. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan tidak mengeluarkan sebarang amaran atau nasihat tsunami pada masa ini susulan kejadian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di Kota Belud, Sabah yang berbunyi awal pagi ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kejadian siren SAATNM di kawasan Masjid Imam Haji Mustapah, Kota Belud, yang berbunyi dikhuatiri kerana masalah teknikal.

“… tindakan sewajarnya sedang diambil. MetMalaysia memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kesulitan yang timbul ekoran kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat sahih berkenaan gempa bumi dan tsunami menerusi laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia serta hotline 1-300-221638.

MetMalaysia adalah agensi yang diberi tanggungjawab untuk menyedia dan menyelaras sistem SAATNM berperanan untuk mengesan gempa bumi dan seterusnya mengeluarkan maklumat serta nasihat/amaran jika ianya berpotensi menjana tsunami.

Sistem SAATNM dipasang di beberapa lokasi persisiran pantai yang berisiko dilanda tsunami di Semenanjung, dan Sabah dan Sarawak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.