47 trak bantuan tambahan masuk ke Gaza

47 trak bantuan tambahan masuk ke Gaza

Trak dimuatkan dengan bahan makanan, bekalan perubatan dan khemah itu masuk dari Mesir menerusi sempadan Rafah, menurut PBSM Palestin.

Bawah sekatan 16 tahun Israel di Semenanjung Gaza, kira-kira 500 trak membawa barangan masuk setiap hari, termasuk 45 trak yang membawa bahan api, namun ini terhenti sejak 7 Okt. (Gambar AP)
RAMALLAH:
Sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir, kata Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat.

Organisasi itu berkata, trak berkenaan dimuatkan dengan bahan makanan, botol air, bekalan perubatan dan khemah, lapor Agensi Anadolu.

“Bagaimanapun, tiada bahan api dibenarkan masuk ke Gaza setakat ini,” katanya.

Bawah sekatan 16 tahun Israel di Semenanjung Gaza, kira-kira 500 trak yang membawa barangan memasuki wilayah itu setiap hari termasuk 45 trak yang membawa bahan api.

Bagaimanapun, semua itu terhenti sejak 7 Okt, menyebabkan wilayah Palestin mengalami kekurangan barangan keperluan asas, termasuk bahan api yang sangat diperlukan untuk membekalkan tenaga di hospital, selain memastikan air boleh dirawat dan selamat untuk diminum.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.