67 laporan kes i-Serve, rugi lebih RM81 juta

67 laporan kes i-Serve, rugi lebih RM81 juta

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Yoosuf berkata semua pelabur itu mengalami kerugian berjumlah RM81 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Yoosuf menggesa mangsa lain untuk tampil segera dan membuat laporan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Polis menerima 67 laporan daripada pelabur yang mempunyai kepentingan dalam i-Serve Online Mall Sdn Bhd, sebuah syarikat e-dagang yang dikaitkan dengan pengasas bersama MYAirline, Goh Hwan Gua.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Yoosuf, berkata semua laporan itu melibatkan kerugian keseluruhan berjumlah RM81.69 juta.

“Kita telah membuka siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (kerana menipu).

“Kita menggesa mangsa lain untuk tampil segera dan membuat laporan,” katanya pada sidang media.

Polis sebelum ini menahan lapan individu termasuk Goh dan seorang peguam kanan untuk siasatan.

Pada Oktober tahun lalu, Bank Negara Malaysia mendenda i-Serve dan sekutunya berjumlah RM50 juta kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Amla)

Siasatan bank pusat itu mendedahkan bahawa antara Jun 2018 dan September 2021, syarikat terbabit menerima deposit daripada orang ramai tanpa lesen dan terlibat dalam transaksi yang melibatkan “aktiviti pengambilan deposit haram”.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan bermasalah MYAirline secara tiba-tiba menggantung operasinya bulan lepas kerana “cabaran kewangan yang teruk”, menjejaskan 125,000 penumpang yang telah membeli tiket bernilai RM20 juta untuk perjalanan sehingga Mac 2024.

Sehingga kini, syarikat penerbangan itu masih mengadakan perbincangan dengan bakal pelabur.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.