
Komander Operasi dari Balai Bomba Rengit Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.47 petang.
Beliau berkata sebaik menerima panggilan tersebut, sebuah jentera dan tujuh anggota dari Balai Bomba Rengit, dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki telah terjatuh ke laut, ketika memancing di kawasan jambatan terapung di kawasan tersebut.
“Mangsa kemudiannya ditemukan terdampar di tepi pantai oleh orang awam pada 9.15 malam tadi, iaitu kira-kira 200m dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, mangsa warga tempatan keluar memancing bersama bapanya sebelum terjatuh dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi ditamatkan sekitar jam 11 malam tadi.