Godam papan menu restoran makanan segera, 2 ditahan

Godam papan menu restoran makanan segera, 2 ditahan

Suspek yang berusia 26 tahun itu dipercayai telah menggodam papan menu digital di restoran makanan segera di Kuala Langat.

Menurut Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, dua suspek terbabit direman empat hari hingga 5 Nov untuk siasatan lanjut.
PETALING JAYA:
Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, dalam kejadian Selasa lalu.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata dua lelaki berusia 26 itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata polis menerima laporan polis dibuat oleh pengurus restoran makanan segera terbabit yang memaklumkan papan menu itu telah digodam.

“Ia berubah memaparkan imej darah, bom, peluru dengan tulisan ‘Proud Sponsors of Israeli Terrorism’

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955. Telefon bimbit kedua-dua suspek turut dirampas,” katanya dalam kenyataan, menurut Harian Metro.

Menurutnya, dua suspek terbabit direman empat hari hingga 5 Nov dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.