Kerajaan seolah cuba lengah nyah rahsia laporan isu tukar tanah, kata PAC

Kerajaan seolah cuba lengah nyah rahsia laporan isu tukar tanah, kata PAC

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC tidak dapat menjalankan prosiding berhubung isu itu.

Mas Ermieyati Samsudin berkata PAC dukacita dengan kenyataan Azalina Othman Said berhubung nyah rahsia laporan pertukaran tanah Kementerian Pertahanan.
KUALA LUMPUR:
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata kerajaan seolah-olah cuba melengahkan nyah rahsia laporan berhubung isu tukar tanah membabitkan Kementerian Pertahanan.

Dakwaan ini menyusuli kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada September, bahawa maklum balas agensi-agensi berkaitan hendaklah diperolehi sebelum keputusan boleh dibuat sama ada laporan itu wajar dinyahrahsia.

“Jawaban diberikan kepada saya oleh menteri amat mendukacitakan, memandangkan ini bukan kali pertama Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan dinyahrahsiakan,” kata Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin pada sidang media di Parlimen.

“Jawaban menteri dilihat seperti kerajaan seolah-olah cuba melengahkan nyah rahsia laporan ini, menyebabkan PAC tidak dapat menjalankan prosiding berhubung dengan isu ini.”

Jawatankuasa rentas parti itu pada September menggesa kerajaan percepatkan proses nyah rahsia laporan itu.

Azalina ketika itu memaklumkan perkara berkenaan akan diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara sebelum apa-apa keputusan dibuat kerajaan.

PAC memulakan siasatan ke atas isu dalam perjanjian pertukaran tanah pada 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.