Bekas Ahli Parlimen PKR Natrah Ismail meninggal dunia

Bekas Ahli Parlimen PKR Natrah Ismail meninggal dunia

Kematiannya disahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil menerusi media sosial.

Fahmi Fadzil menyifatkan Natrah Ismail sebagai individu baik, tertib dan sentiasa gigih memperjuangkan nasib rakyat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail meninggal dunia malam ini pada usia 73 tahun.

Kematiannya disahkan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam catatan X.

“Beliau seorang yang baik, tertib dan sentiasa gigih perjuangkan nasib rakyat,” kata ketua penerangan PKR itu.

Pada 2021, Natrah mendakwa ditawarkan untuk melompat parti bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan Perdana Menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin, tetapi beliau menolak tawaran itu.

Natrah digugurkan sebagai calon pada PRU15.

Beliau mempunyai enam anak.

Suaminya, Sheikh Abd Jalil meninggal dunia pada 2018, juga ketika berusia 73 tahun, akibat penyakit buah pinggang, jantung dan paru-paru.

Sementara itu, Timbalan Ketua Wanita PKR, Juwairiya Zulkifli berkata Natrah bergelut dengan kanser selama beberapa bulan.

Pemimpin PKR, R Yuneswaran pula berkata beliau sudah lama kenal Natrah.

“Natrah amat dihormati dan memberi sumbangan besar kepada parti. (Pemergiannya ialah) kehilangan besar buat parti dan orang mengenalinya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.