
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, berkata ini kerana koperasi pertanian yang wujud tidak mampu memainkan peranan penting untuk mengurangkan peranan “orang tengah” dalam masyarakat.
“Peranan orang tengah bukan perkara baru. Jadi nak buang sekali gus orang tengah bukan perkara senang dan koperasi boleh memainkan peranan tetapi koperasi kita yang berjaya terlalu sedikit.
“Penubuhan saja banyak tapi bila menjalankan kerja-kerja koperasi kadangkala terkandas di tengah jalan,” katanya di Dewan Rakyat, menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap).
Nurul Amin membangkitkan apakah peranan koperasi pertanian dalam usaha mengurangkan peranan “orang tengah” dalam sektor berkenaan, serta rantaian bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi.
Mohamad berkata, agensi bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan giat melaksanakan mekanisme untuk mengukuhkan peranan masing-masing dalam mengurangkan peranan mereka.
“Nak hapuskan memang susah tapi sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan peranan mereka.”