Azmir Saifuddin dilantik CEO Finas

Azmir Saifuddin dilantik CEO Finas

Finas dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025.

Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif Finas berkuat kuasa esok. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Azmir Saifuddin Mutalib dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berkuat kuasa esok.

Finas dalam kenyataan memaklumkan pelantikan itu bagi tempoh dua tahun hingga 31 Okt 2025.

Azmir Saifuddin yang berkelulusan Ijazah Pengkomputeran daripada Universiti Sheffield Hallam, United Kingdom memulakan kerjayanya di Bahagian Kreatif Multimedia Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pernah berkhidmat sebagai pengarah urusan di Base FX.

“Berdasarkan kepakaran dan pengalaman luas dalam industri kreatif, Finas yakin Azmir Saifuddin mampu menggalas serta melaksanakan tanggungjawab untuk memacu industri filem Malaysia ke tahap lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.