Annuar dilantik ‘orang kanan’ Sanusi dalam PAS

Annuar dilantik ‘orang kanan’ Sanusi dalam PAS

Annuar Musa berkata beliau dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pilihan raya PAS oleh pimpinan parti.

Annuar Musa menghargai kepercayaan diberikan kepadanya oleh pucuk pimpinan PAS. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa memaklumkan beliau dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pilihan raya PAS.

Bercakap kepada FMT, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan memaklumkan kepadanya keputusan yang dibuat selepas mesyuarat parti itu semalam.

Katanya, beliau akan bertemu Presiden PAS Hadi Awang dan Ketua Pengarah Pilihan Rayanya Sanusi Nor untuk membincangkan peranan baharunya itu selain ahli jawatankuasa (AJK) parti .

“Terima kasih kepada presiden dan jawatankuasa atas kepercayaan diberikan.

“Saya akan cuba beri sumbangan sebagai ahli,” kata pengerusi NGO Muafakat Nasional itu.

Jun lalu, Annuar yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia sah menyertai PAS selepas enam bulan dipecat daripada Umno.

Terdahulu, Takiyuddin mengumumkan pelantikan Annuar dan seorang lagi bekas pemimpin Umno Shahidan Kassim sebagai AJK PAS bersama tujuh yang lain.

Shahidan adalah bekas Ahli Parlimen Arau daripada Barisan Nasional (BN) yang dipecat Umno selepas bertanding di Parlimen itu atas tiket Perikatan Nasional (PN) apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon dalam PRU15.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.