
Kontrak lanjutan itu bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026, menurut laporan Bernama.
MyEG berkata kedua-dua syarikat itu masing-masing menerima surat pelantikan daripada JPJ hari ini untuk mengesahkan kedua-duanya adalah “ejen pemungut bagi penyediaan perkhidmatan pendaftaran kenderaan, pelesenan pemandu dan kenderaan serta pembayaran elektronik perkhidmatan saman untuk tempoh tiga tahun.”
“Anggaran nilai lanjutan itu akan bergantung pada bilangan transaksi yang dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Perjanjian untuk merasmikan lanjutan itu akan ditandatangani dan diumumkan oleh syarikat pada masa akan datang,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
MyEG berkata pelanjutan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan serta aset bersih sesaham syarikat untuk tahun kewangan 2023 dan seterusnya.