Bapa ditahan tumbuk, tendang anak 12 tahun

Bapa ditahan tumbuk, tendang anak 12 tahun

Suspek usia 37 tahun itu juga melibas parang sehingga hampir terkena mangsa, menurut polis.

Polis berkata mangsa disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di belakang badan serta peha.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki cedera ditumbuk dan ditendang bapa kandungnya di Kampung Perah dekat Gerik semalam, sehari selepas mangsa menyambut ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Gerik Zulkifli Mahmood berkata siasatan awal mendapati mangsa dibawa ibu saudara ke rumahnya sekitar 6 petang Sabtu lalu bagi menyambut hari jadi mangsa.

Katanya, mangsa bermalam di rumah ibu saudara dan akan dihantar pulang lewat petang keesokannya.

“Sekitar 5 petang Ahad, bapa mangsa ke rumah tersebut lalu terus menumbuk dan menendang belakang badan mangsa,” katanya menurut Sinar Harian.

Zulkifli berkata, suspek berusia 37 tahun itu juga melibas parang sehingga hampir terkena mangsa.

Mangsa dibawa ke Hospital Gerik dan disahkan mengalami kecederaan tisu lembut di belakang badan serta peha, menurut polis.

Suspek ditahan hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.