Ribuan sertai himpunan pro-Palestin PAS

Ribuan sertai himpunan pro-Palestin PAS

Kira-kira 5,000 orang menyertai himpunan di luar Kedutaan AS hari ini.

Orang ramai berhimpun di Masjid Asy-Syakirin dekat KLCC sebelum berarak ke Kedutaan AS.
PETALING JAYA:
Perhimpunan “10,000 Solidariti Palestin” anjuran PAS disertai kira-kira 5,000 orang petang tadi.

Sin Chew Daily melaporkan orang ramai mula berkumpul di Masjid Asy-Syakirin dekat KLCC sekitar 2 petang sebelum berarak ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

Ramai peserta membawa bendera Palestin sambil melaungkan slogan “Hidup Islam” dan “Hancur Israel” semasa berarak.

Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya dilaporkan berkata 200 pegawai bertugas menjaga keselamatan.

PAS menganjurkan perhimpunan itu sebagai solidariti dengan Palestin dalam peperangan berterusan dengan Israel di Semenanjung Gaza.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.