Tinjauan: Ramai pengguna tak minat beralih ke 5G

Tinjauan: Ramai pengguna tak minat beralih ke 5G

Tinjauan FMT mendapat ramai pengguna berpendapat tiada keperluan untuk beralih, dan tidak mengetahui kemampuan rangkaian 5G.

Ramai pengguna telefon pintar berkata perkhidmatan 4G sudah memadai dengan keperluan dan mereka tiada hasrat untuk menaiktaraf ke 5G. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Tinjauan FMT mendapati tidak ramai pengguna telefon pintar merancang beralih dari rangkaian 4G dalam masa terdekat walaupun penyedia rangkaian telekomunikasi aktif mempromosikan pelan data 5G mampu milik.

Seorang doktor Renushah Devi Vickneshwaran, 32, berkata tiada keperluannya baginya untuk internet berkelajuan tinggi 5G kerana setiap hari beliau menggunakan telefon untuk tugasan mudah seperti membuat panggilan, menghantar pesanan dan melayari internet.

“Saya tidak merancang untuk membayar apa yang saya gunakan sekarang. Ketika ini saya membayar RM110 untuk 50GB (data setiap bulan) dan ia sudah memadai untuk saya,” katanya.

Ng Hock Soon, 50, berkata dia tidak merancang untuk beralih ke rangkaian 5G walaupun tahu dia tidak perlu membayar lebih untuk menaik taraf perkhidmatan.

“Saya tidak perlukan 5G kerana rangkaian 4G sudah mencukupi untuk saya,” kata pemilik kedai barangan rekreasi itu.

Tambah Ng, dia memilih pelan rangkaian berdasarkan penggunaan internet dan dia tidak menggunakan sebarang teknologi yang memerlukan internet berkelajuan tinggi.

Sepanjang tinjauan yang dilakukan FMT, hanya seorang pengguna yang menggunakan rangkaian 5G.

Pelajar kolej Ahmad Badzly Idraki Zamri, 19, berkata rangkaian 5G menjadikan memuat turun fail besar dan menyunting video lebih efisen.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui FMT berpendapat 5G hanyalah naik taraf pada kelajuan internet dan ramai tidak mengetahui ciri utama lain seperti kemampuan sambungan masa sebenar dan pilihan jimat tenaga.

Pada 8 Sept, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kadar penerimaan 5G di negara masih rendah walaupun kadar liputan sudah mencapai 68.8%.

Kementerian juga dilaporkan bekerjasama dengan telco dan Samsung untuk menyediakan peranti 5G mampu milik untuk pengguna.

Pakej Rahmah 5G yang dilancarkan kerajaan merangkumi peranti serendah RM240, bersama pelan data 60GB pada harga RM60 sebulan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.