
Menterinya Mohamed Khaled Nordin berkata pihaknya tidak mengawal semua perkara di universiti, bukan seperti di sekolah.
Menurutnya, setiap IPT mempunyai garis panduan serta kebebasan, dan boleh mengatur sebarang program yang dirasakan sesuai mengikut perancangan masing-masing.
“Kena faham, di KPT kita bukan mengawal dan menentukan semua perkara di universiti, (kerana) setiap universiti ada peraturan dan panduan masing-masing dan kita bukan seperti sekolah,” katanya menurut Bernama selepas satu program di Kota Tinggi.
Beliau berkata demikian ketika dirujuk mengenai langkah Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan Minggu Solidariti Palestin di semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu bermula 29 Okt hingga 3 Nov ini.
Semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menggesa sekolah mengawal sebarang alatan yang dibawa pelajar termasuk ketika Minggu Solidariti Palestin, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Beliau membuat teguran itu susulan satu laporan pelajar dan guru membawa senjata mainan ke sekolah yang didakwa berkaitan minggu solidariti terbabit.
Sebelum itu, beberapa NGO dan wakil rakyat membantah arahan untuk sekolah mengadakan Minggu Solidariti Palestin pada 29 Okt hingga 3 Nov ini, dengan menggesa kerajaan tidak membabitkan institusi pendidikan dalam isu konflik antarabangsa, perang dan pertikaian agama.