Tak perlu takut perjuang isu Palestin, hanya bersedia, kata pakar

Tak perlu takut perjuang isu Palestin, hanya bersedia, kata pakar

Pakar antikeganasan Ahmad El-Muhammady Uthman berkata susulan 'ugutan' diterima perdana menteri tidak mustahil akan ada ancaman dari segi ekonomi, teknologi atau keselamatan.

Pakar antikeganasan Ahmad El-Muhammady Uthman berkata PBB dan OIC tidak mempunyai kata sepakat dan terikat dalam isu Palestin.
PETALING JAYA:
Malaysia tidak perlu takut namun perlu bersedia berdepan kesan tertentu susulan kelantangan memperjuangkan isu Palestin, kata pakar.

Pakar antikeganasan, Ahmad El-Muhammady Uthman, berkata susulan “ugutan” diterima Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tidak mustahil akan ada ancaman dari segi ekonomi, teknologi atau keselamatan.

“Israel adalah negara yang tidak lupa kepada orang yang pernah ada masalah dengan dia? Dia akan cari sampai lubang cacing.

“Bila benda ini dikaitkan dengan Malaysia. Saya jangka kita perlu bersedia untuk berdepan dengan tindakan tertentu dari segi fizikal atau ‘non-fizikal’, dari segi teknologi, saya setuju ada kesan tertentu dari segi ekonomi…dari segi keselamatan,” katanya dalam program temu bual, Enigma terbitan FMT.

Beliau berkata, walaupun solidariti terhadap Palestin bukan perkara baru, kerajaan masih perlu berhati-hati dengan pelbagai tuduhan dilemparkan termasuk mengaitkan Malaysia menjadi pusat latihan pejuang Hamas.

“Cuma yang kalau kita risau betul ke tidak ‘The Palestinian Hamas’ yang terlibat dalam serangan itu dilatih di tempat kita, tetapi kalau mengikut sumber dalam keselamatan itu tidak pernah berlaku, ia tuduhan semata-mata.

“Jadi ini satu benda yang kerajaan perlu bersiap sedia, bagi saya sokongan dalam situasi hari ini implikasinya sangat besar tetapi kita tidak perlu takut, kita perlu bersedia sahaja sebab dari segi sokongan yang kita bagi bukan perkara baru,” katanya.

Dalam Himpunan Malaysia bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, 24 Okt lalu, Anwar mendedahkan menerima “ugutan” daripada Ahli Parlimen Eropah berhubung kelantangan mengkritik kekejaman Israel di Palestin.

Sementara itu, bercakap mengenai peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam isu tersebut, Ahmad berkata kedua-duanya tidak mempunyai kata sepakat dan terikat dengan kuasa veto, membuatkan konflik sepatutnya mampu dihentikan menjadi sukar.

“Dari segi kuasa PBB agak terhad untuk memaksa sesebuah negara mengikut telunjuk dia…sebab kuasa veto ini menjadi salah satu faktor menyebabkan PBB terikat ‘tangannya’.

“OIC pun sama juga masalah dari segi tidak boleh membuat satu ketetapan bersama dan bersatu…dan mengambil tindakan lebih tegas,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.