
Hakim Abu Bakar Katar menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN) Abdul Hakim Abdul Wahid untuk membatalkan kemenangan Mas Ermieyati.
Peguam mewakili Mas Ermieyati, Faizi Che Abu berkata, mahkamah memutuskan Abdul Hakim gagal membuktikan tanpa keraguan munasabah bahawa wang diagihkan semasa tempoh kempen untuk mendorong pengundi memilih Perikatan Nasional (PN).
Mas memenangi kerusi Parlimen Masjid Tanah dengan majoriti 4,411 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang Abdul Hakim; calon Muda Mutalib Uthman; dan Handrawirawan Abu Bakar daripada Pejuang.
Faizi berkata, mahkamah juga menganugerahkan kos RM50,000 kepada Mas Ermieyati.
Mas Ermieyati merupakan bekas timbalan menteri di jabatan perdana menteri (undang-undang) dalam pentadbiran Ismail Sabri Yaakob.
Beliau ketika ini menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), wanita kedua menerajui jawatankuasa berkenaan selepas Noraini Ahmad.