
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata perkara itu belum dimuktamadkan dan masih dalam rundingan.
“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui.
“Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas kebimbangan dan gesaan pelbagai pihak supaya kerajaan membantah WHO CA+ dan pindaan IHR 2005.
Gesaan itu antaranya dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mahu kerajaan menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan.
Mereka turut menyampaikan memorandum bantahan terhadap WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kepada Yang Di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pada 26 Sept lalu.