
Beliau berkata, ketika ini penempatan nelayan di zon A dan B iaitu pesisir pantai kurang 12 batu nautika mencapai tahap maksimum.
“Secara dasar kita tak mahu berlaku ‘over fishing’ di zon A dan zon B….sekarang di zon B pun kita menggalakkan satu ‘exit policy’ bahawa mengawal cara pukat tunda,” katanya di Dewan Rakyat.
“Kalau kita nak membenarkan lebih ramai nelayan ambil bahagian dalam aktiviti ini kemungkinan berlaku isu sumber protein tidak bersifat mampan.”
Beliau berkata kerajaan juga tidak menggalakkan nelayan di zon A dan zon B berhijrah ke zon C, iaitu laut dalam.
Chan menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang berkongsi aduan diterima di kawasannya di Pantai Kundur, Tangga Batu, mengenai proses kelulusan lesen yang lama, malah ada yang tidak diluluskan.
Zon A (gigi air paras paling surut hingga lima batu nautika); zon B (lima batu nautika hingga 12 batu nautika), sementara zon C (12 batu nautika ke atas).