
“Nanti kita beri keterangan yang jelas dan kenyataan-kenyataan mereka dan (ada) juga ada yang usul langsung daripada salah seorang Ahli Parlimen Eropah, tak jadi masalah.
“Jadi kita jangan hiraukan soal itu. Kita ada urusan kerja dan kita teruskan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival dekad bahasa dan dekad membaca kebangsaan.
Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas ugutan diterima berhubung pendiriannya terhadap konflik di Gaza.
Beliau mendedahkan perkara itu dalam Himpunan Malaysia bersama Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil, semalam.
Ketika mendedahkan perkara itu, Anwar berkata selagi diberi mandat dan kepercayaan oleh rakyat, beliau selaku ketua kerajaan tidak akan tunduk dan gentar sebarang ugutan.
Sebagai negara bebas, katanya, Malaysia tidak akan berhenti memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Terdahulu, Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menggesa Anwar mendedahkan bentuk ugutan dan tekanan diterimanya susulan pendirian Malaysia terhadap konflik di Gaza.
Beliau berkata, amat mendukacitakan jika ancaman itu dalam bentuk tekanan ekonomi.
Bagi tujuan keselamatan, Anwar berkata pihaknya menyerahkan kepada Ketua Polis Negara, Razarudin Husain menguruskan perkara itu.
“Jadi, saya tidak bimbang. Insya Allah kita teruskan kerja.”