
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Hadhariah Syed Ismail berkata, mahkamah terikat dengan penghakiman Mahkamah Persekutuan tahun lalu.
Beliau yang bersidang bersama Hakim Azman Abdullah dan Azmi Ariffin berkata, kes itu tidak jatuh dalam kategori pengecualian daripada doktrin duluan.
Firma YB Tan & Co sebelum ini mewakili Jailani Jabar dan Latifah Taib, dua pengarah Jai Network Holdings Sdn Bhd, yang didakwa atas tuduhan menerima deposit haram serta pengubahan wang haram. Firma itu turut mewakili syarikat berkenaan dalam kes sivil.
Kerajaan membekukan kira-kira RM19.8 juta disimpan dalam akaun bank syarikat dan dua pengarahnya, dan memfailkan usul di Mahkamah Sesyen bagi merampas dana berkenaan.
Firma guaman itu menyertai kes berkenaan sebagai pencelah untuk menuntut sebahagian wang itu sebagai yuran guaman.
Mahkamah Sesyen pada 2018 membuat keputusan memihak kepada kerajaan, yang kemudian dikekalkan Mahkamah Tinggi Kuantan pada tahun berikutnya. Kes itu kemudian dirayu ke Mahkamah Rayuan.
Firma itu diwakili peguam Hisyam the Poh Teik manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Dusuki Mokhtar.