300 berhimpun di Kedutaan AS bantah kekejaman Israel

300 berhimpun di Kedutaan AS bantah kekejaman Israel

Rafique Rashid dari Pejuang berkata Malaysia perlu menghantar mesej tegas terhadap Israel dan sekutunya.

Sebahagian daripada orang ramai yang hadir ke kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk membantah pertumpahan darah di Gaza.
KUALA LUMPUR:
Kira-kira 300 orang berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) malam tadi yang merupakan kali kedua diadakan di lokasi sama sebagai tanda solidariti untuk rakyat Palestin dan mengutuk Israel atas tindakannya di Gaza.

Kebanyakan mereka mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk mengecam kerajaan Israel dan Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu.

Bantahan anjuran Pemuda Perikatan Nasional itu bermula pada 8.55 malam.

Dalam ucapan ringkas, Ketua Penerangan Pejuang, Rafique Rashid, berkata Malaysia perlu menghantar mesej tegas kerana “kita tidak boleh terus melakukan bantahan seperti ini”.

“Mereka (Israel dan Washington) mentertawakan (perhimpunan) ini,” merujuk kepada jumlah peserta terlibat.

Katanya, di London, lebih 300,000 orang telah hadir untuk membantah Israel.

AS adalah sekutu setia Israel.

Peserta yang membawa sepanduk menyerupai bendera Israel, mengutuk kekejaman yang dilakukan mereka.

Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas berikutan serangan mengejut kumpulan itu di beberapa lokasi di Israel pada 7 Okt.

Berikutan pengeboman berterusan ke atas Gaza oleh Israel, angka kematian yang dijangka meningkat, telah melepasi 5,000 orang dengan hampir separuh daripadanya kanak-kanak.

Lebih 15,000 lagi mengalami kecederaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.