Tidak cukup masa? Ikuti 5 langkah ini untuk menguruskan masa dengan bijak

Tidak cukup masa? Ikuti 5 langkah ini untuk menguruskan masa dengan bijak

RHB bekerjasama dengan FMT melalui projek ini untuk meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia dalam pengurusan masa.

Rancang masa dengan lebih baik: lima langkah untuk memanfaatkan masa sepenuhnya. (Gambar Freepik)

Ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kesuntukan masa kerana terbeban dengan tanggungjawab seperti tugasan kerja, keluarga, dan pelbagai komitmen lain.

Akibatnya, ramai yang berasa tertekan dan ini boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan mental mereka. Bukan itu sahaja, masalah ini juga boleh merosakkan hubungan mereka dengan
orang tersayang.

Menurut beberapa kajian dan laporan, faktor kekangan masa mampu menjejaskan perhubungan dan kualiti hidup seseorang individu.

1. Merancang dengan lebih awal

Rancang hari anda dengan menyusun jadual harian melalui kalendar peribadi anda.

Apabila perancangan dibuat dengan lebih awal, anda akan menjadi lebih produktif dan dapat menyelesaikan tugasan kerja yang diberikan, meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga dan juga melakukan hobi kegemaran anda.

2. Manfaatkan kegunaan teknologi untuk pengurusan masa yang lebih efektif

Terdapat banyak aplikasi telefon yang boleh membantu kita untuk menguruskan masa dengan lebih berkesan.

Di zaman serba moden ini, hampir semua perkara boleh diuruskan di hujung jari seperti mengurus jadual kerja, membeli barang keperluan secara dalam talian, atau menggunakan aplikasi perbankan.

Misalnya dengan aplikasi baharu perbankan dalam talian RHB, di mana pengguna boleh menikmati perkhidmatan yang lancar di mana-mana sahaja tanpa mengira waktu.

Aplikasi ini membolehkan pengguna untuk membuat pemindahan wang, menyemak baki akaun, membayar bil, mencari lokasi cawangan RHB terdekat, mencari mesin ATM RHB terdekat dan banyak lagi.

3. Bersikap fleksibel

Kadangkala, tidak semua aktiviti kita berjalan seperti yang dirancang. Sebagai contoh, apabila kita ingin sampai ke sesuatu destinasi dengan cepat, tiba-tiba berlakunya kesesakan lalu lintas yang teruk.

Sudah tentu keadaan ini boleh mengakibatkan keresahan kepada kita. Walau bagaimanapun, tiada gunanya kita terus berasa tertekan atas sesuatu yang berada di luar kawalan kita. Jadi adalah lebih baik untuk menggunakan masa yang ada itu untuk mendengar podcast atau buku
audio kegemaran kita.

4. Melancong

Percutian adalah antara cara terbaik untuk meluangkan masa bersendirian atau bersama orang tersayang.

Anda tidak perlu melancong ke Eropah atau mana-mana percutian yang mewah untuk mengisi masa lapang. Percutian yang singkat atau ‘staycation’ dalam negara kita juga sudah memadai.

Meluangkan masa untuk pergi bercuti dapat memberikan kesan positif kepada kesihatan mental kita dan pada masa yang sama, ia juga mampu mengeratkan hubungan keluarga melalui waktu berkualiti bersama.

Rancang dan luangkan masa bersama keluarga. (Gambar Freepik)

5. Luangkan masa

“Saya tidak ada masa untuk bersenam.” “Saya bekerja sepanjang hari.” “Saya terlalu penat untuk melakukan apa-apa sekarang.” Ini adalah alasan-alasan yang biasa kita dengar. Sibuk bukan alasan untuk kita membazirkan masa di media sosial, bermain permainan video dan
sebagainya untuk mengisi masa lapang.

Kita semua diberikan masa yang sama, 24 jam sehari. Oleh itu, gunakanlah masa dengan pengisian yang berfaedah. Aturkan masa secukupnya untuk berehat, membaca, meluangkan masa berkualiti dengan keluarga serta aktiviti-aktiviti bermanfaat yang lain.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.