Kita bukan musuh, kena adil beri peruntukan, Hadi beritahu kerajaan

Kita bukan musuh, kena adil beri peruntukan, Hadi beritahu kerajaan

Presiden PAS itu berkata dalam Islam adalah wajib berlaku adil walaupun terhadap musuh.

Presiden PAS Hadi Awang juga menyelar tindakan menekan pembangkang dengan membuat tuduhan palsu termasuk menggeledah pejabat dan rumah pemimpin tertentu. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Hadi Awang (PN-Marang) menggesa kerajaan berlaku adil kepada pembangkang termasuk diberikan peruntukan sama rata kerana kedua-dua pihak bukannya musuh.

“Berlaku adil lah. Dengan musuh (juga perlu) berlaku adil.

“Ini kita kerajaan dengan pembangkang bukan musuh. Bukan musuh dengan musuh diwajibkan berlaku adil,” katanya ketika sesi perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

Hadi yang juga presiden PAS juga menyifatkan tindakan kerajaan hanya memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan sebagai tidak mengikut ajaran Islam.

“Kepada pembangkang tak diberi peruntukan kepada yang sokong diberi peruntukan. Ini bukan cara diajar Allah,” katanya.

Hadi juga menyelar tindakan kerajaan yang menekan pembangkang dengan membuat tuduhan palsu termasuk menggeledah pejabat dan rumah pemimpin tertentu.

“Bertindak terhadap orang yang menentang. Kalau tentang (kerajaan), geledah pejabat, rumah dan geledah macam-macam (sehingga) jadi kes (mahkamah).

“Kalau yang kawan sebelah macam-macam DNAA (lepas tanpa dibebaskan oleh mahkamah). Yang sudah dikenakan hukuman diampunkan dan dibebaskan. Mungkin DNAA sama,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.