Cuaca buruk punca sebahagian siling Skybridge KLIA Terminal 2 runtuh

Cuaca buruk punca sebahagian siling Skybridge KLIA Terminal 2 runtuh

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

MAHB memaklumkan kerja membaiki siling itu sedang dijalankan dan kawasan berkenaan ditutup hingga kerja serta pemeriksaan keselamatan selesai. (Gambar laman KLIA2)
KUALA LUMPUR:
Sebahagian kecil siling di Aras 3 Balai Berlepas Skybridge Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 runtuh akibat cuaca buruk, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Menerusi hantaran di X, MAHB memaklumkan kerja membaiki kerosakan itu sedang dijalankan dan kawasan berkenaan ditutup hingga kerja itu serta pemeriksaan keselamatan selesai.

“Sila elak kawasan ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport Care kami,” kata MAHB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.