Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara ke final Terbuka Denmark

Zii Jia, Aaron-Wooi Yik mara ke final Terbuka Denmark

Pada peringkat separuh akhir, Lee Zii Jia menewaskan pemain Hong Kong, manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengecewakan wakil tuan rumah.

Lee Zii Jia menewaskan pemain Hong Kong Lee Cheuk Yi 21-15, 21-17 pada peringkat separuh akhir Terbuka Denmark. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Pemain perseorangan badminton negara Lee Zii Jia melangkah ke pusingan akhir Terbuka Denmark selepas menyingkirkan pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yi pada peringkat separuh akhir.

Zii Jia, Juara Terbuka Artik yang kini menghuni ranking ke-11 dunia, menewaskan Cheuk Yi 21-15, 21-17 di Odense pada Sabtu, lapor Bernama.

Pemain kelahiran Kedah itu akan berdepan Weng Hongyang dari China yang mengetepikan rakan senegara Shi Yu Qi 21-14, 21-19 dalam satu lagi saingan separuh akhir.

Seementara itu, beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengecewakan wakil tuan rumah Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 16-21, 21-15, 21-15 untuk turut mara ke final.

Juara dunia 2022 di ranking keempat itu bakal membuat perhitungan dengan wakil Indonesia Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana bagi memburu gelaran juara Terbuka Denmark.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.