
Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi, berkata realitinya perkara itu tidak akan berlaku kerana pentadbiran kerajaan Perak oleh PH dan BN ketika ini masih kukuh.
“PAS seharusnya berhenti berangan. Mereka perlu menerima hakikat keputusan yang dipilih rakyat yang tidak mahu PAS memerintah negeri ini. Tunggulah sehingga PRU akan datang untuk jadi kerajaan.
“Hormatilah kehendak rakyat. Biar kerajaan sedia ada meneruskan pentadbiran tanpa gangguan daripada mana-mana pihak,” kata Asmuni, lapor Sinar Harian.
Malah, Asmuni berkata semua Adun terikat dengan undang-undang yang menghalang mereka melompat parti.
Semalam, Pengarah Pilihan Raya PAS Perak, Mohd Fakhrudin Abd Aziz mengharapkan parti itu dapat memerintah negeri berkenaan dalam masa terdekat.
Perkara itu dibangkitkan ketika membahaskan ucapan dasar presiden sempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-69 sebagai perwakilan dari Perak.