Fadhli ketua penerangan PAS baharu

Fadhli ketua penerangan PAS baharu

Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai setiausaha agung bagi sesi 2023 hingga 2025.

Ahmad Fadhli Shaari kini ketua penerangan PAS manakala Takiyuddin Hassan dilantik semula sebagai setiausaha agung.
SHAH ALAM:
Ahmad Fadhli Shaari yang tidak lagi memimpin Pemuda PAS dilantik sebagai ketua penerangan parti, menggantikan Khairil Nizam Khirudin.

Beliau yang menjadi ketua Pemuda selama sepenggal tidak mempertahankan jawatan itu, memenangi pemilihan ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Presiden PAS, Hadi Awang, berkata pelantikan itu dibuat selepas dipersetujui melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan selepas muktamar ke-69 parti.

Sementara itu, PAS melantik semula Takiyuddin Hassan sebagai setiausaha agung bagi sesi 2023 hingga 2025.

Turut dikekalkan Iskandar Abdul Samad sebagai bendahari, manakala Menteri Besar Kedah Sanusi Nor juga kekal sebagai ketua pengarah pilihan raya PAS.

“Pelantikan jawatan utama itu berdasarkan peruntukan Fasal 25 (4) Perlembagaan PAS yang dicadangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,” kata Hadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.