2 ditahan guna identiti kerabat Kelantan iklan pelaburan emas

2 ditahan guna identiti kerabat Kelantan iklan pelaburan emas

Suspek disyaki menggunakan gambar kerabat diraja yang bertujuan mempengaruhi pelanggan dalam urusan perniagaan emas mereka.

Polis berkata suspek disyaki menggunakan gambar kerabat diraja untuk mempengaruhi pelanggan dalam urusan perniagaan emas mereka.
PETALING JAYA:
Seorang pemilik sebuah syarikat dan pekerja kedai emas diberkas polis selepas dipercayai menyalahguna identiti kerabat diraja Kelantan untuk mengiklankan pelaburan emas mereka.

Ketua Polis Kota Bharu, Rosdi Daud, berkata suspek berusia 42 dan 46 tahun ditahan 4 petang semalam susulan satu laporan diterima berhubung kegiatan berkenaan Isnin lalu.

“Suspek disyaki menggunakan gambar kerabat diraja yang bertujuan mempengaruhi pelanggan dalam urusan perniagaan emas mereka.

“Pihak istana bagaimanapun mengesahkan tidak terlibat dalam sebarang urusan dengan individu tersebut.

“Susulan laporan dibuat, kedua-dua suspek ditahan pada petang Jumaat,” katanya dalam kenyataan, menurut Sinar Harian.

Rosdi berkata, kedua-dua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.