
Tertuduh yang berusia 29 tahun membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah, lapor Harian Metro.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 10 tahun di sebuah kediaman di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Nibong Tebal, pada 11 malam Disember 2018.
Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 11 tahun pada 2019, 9 pagi di lokasi sama.
Pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula ditetapkan pada 21 Nov depan.
Tertuduh juga dilarang mendekati dan mengganggu mangsa serta saksi sehingga kes selesai, selain perlu tinggal berasingan dengan mangsa.