Guru ditahan rogol pelajar Tingkatan 4

Guru ditahan rogol pelajar Tingkatan 4

Polis berkata mangsa mengaku suspek beberapa kali memintanya melakukan oral seks ketika mereka keluar berdua-duaan antara Ogos 2022 hingga 18 Okt lalu.

Suspek direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Seorang guru sekolah menengah di Tawau, Sabah ditahan kerana disyaki merogol pelajar Tingkatan 4.

Lelaki 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau berhampiran sebuah premis di Kompleks Fajar pada 9.58 malam tadi.

Ketua Polis Tawau Jasmin Hussin berkata mangsa membuat laporan mendakwa dirogol suspek dalam rumah lelaki itu di sebuah taman perumahan di Jalan Apas, antara 2.30 hingga 4.45 petang Rabu lalu.

“Ketika kejadian, suspek meminta mangsa melakukan oral seks sebelum melakukan hubungan seks tanpa kerelaan mangsa,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa dan suspek tidak menjalinkan hubungan cinta.

Tetapi katanya anak sulung daripada enam beradik itu mengaku suspek beberapa kali memintanya melakukan oral seks ketika mereka keluar berdua-duaan antara Ogos 2022 hingga 18 Okt lalu.

Suspek direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.