
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada R Ravinderan, 55, selepas tuduhan dibacakan di hadapan Majistret S Punitha kerana kes bunuh berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Tertuduh didakwa membunuh Faizal Asri, 43, di dalam pondok pengawal SJK(C) Seri Botani Simpang Pulai Ipoh antara 3 petang hingga 8 malam pada 13 Okt lepas.
Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan hukuman tidak kurang 12 sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pegawai Pendakwa Raya Vatchira Wong Rui Fern, manakala tertuduh diwakili peguam Hanifatinnasikha Mod Dimiyati.
Tiada jaminan ditawarkan ke atas tertuduh dan mahkamah menetapkan 10 Jan tahun depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sebelum ini, media melaporkan polis menahan seorang tukang kebun sekolah susulan penemuan mayat seorang pengawal keselamatan di dalam pondok pengawal sekolah berkenaan.
Polis turut merampas senjata yang disyaki digunakan suspek bagi membantu siasatan.