Prosiding pengurusan dana HRD Corp mula Isnin depan, kata PAC

Prosiding pengurusan dana HRD Corp mula Isnin depan, kata PAC

Pengerusinya Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun isu itu tidak dilaporkan dalam LKAN, PAC menggunakan punca kuasanya untuk memanggil saksi.

Mas Ermieyati Samsudin juga berkata, PAC telah selesai mengadakan prosiding berkait pengurusan wabak Covid-19 pada 21 Sept.
KUALA LUMPUR:
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding berhubung pengurusan dana latihan dan keberkesanan program latihan Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada Isnin depan.

Pengerusinya, Mas Ermieyati Samsudin berkata, walaupun isu berkenaan tidak dilaporkan dalam Laporan Audit Ketua Audit Negara (LKAN), PAC menggunakan punca kuasanya untuk memanggil saksi-saksi termasuk Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Amran Ahmad dan Ketua Eksekutif HRD Corp Shahul Dawood.

Dalam pada itu, Mas Ermieyati berkata, PAC juga telah selesai mengadakan prosiding berkait pengurusan wabak Covid-19 yang bermula pada 15 Jun dan berakhir pada 21 Sept.

“Antara saksi yang dipanggil termasuk Ahli Parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong; Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Rodzi; bekas ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah; dan Pengerusi Pharmaniaga Bhd Izaddeen Daud.

“PAC dijangka membentangkan laporan pada 30 Okt,” katanya pada sidang media mingguan PAC di Parlimen.

Sementara itu, beliau berkata, prosiding berhubung Felcra Bhd yang sepatutnya diadakan semalam ditangguhkan berikutan saksi, iaitu Pengarah Pengurusan WXR Property Sdn Wan Nadzir Wan Mohamad, tidak dapat hadir kerana berada di luar negara.

“Untuk berlaku adil terhadap beliau dan syarikat, PAC memerlukan keterangan dan penjelasan beliau memandangkan saksi terlibat dengan perkara yang ingin disiasat PAC.

“Susulan itu, saya mohon supaya saksi berkenaan hadir bagi membantu PAC melengkapkan siasatan isu ini,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.