Perlu pelan pembangunan untuk ‘negeri miskin’, kata Tuan Ibrahim

Perlu pelan pembangunan untuk ‘negeri miskin’, kata Tuan Ibrahim

Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak sering dikategorikan 'termiskin' dalam pembentangan belanjawan.

Tuan Ibrahim Tuan Man mahu kerajaan menjelaskan mekanisme membantu negeri dikategorikan ‘termiskin’ (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan digesa menyediakan pelan pembangunan khusus untuk negeri yang saban tahun dikatakan ‘sebagai termiskin’, kata Tuan Ibrahim Tuan Man (Kubang Kerian-PN).

Menurutnya, dalam setiap pembentangan belanjawan persekutuan Terengganu, Kelantan, Sabah, dan Sarawak sering dilabel kategori terbabit.

“Persoalan saya apakah mekanisme yang perlu kita buat.

“(Jika) hanya letak mereka ini negeri miskin tanpa peruntukan khusus, perancangan rapi, maka tentulah kita tak boleh selesaikan dan keluarkan negeri-negeri ini pada negeri miskin,” katanya di Dewan Rakyat.

Sementara itu, Tuan Ibrahim mencadangkan beberapa tempat dan wilayah dijadikan sebagai pelan jangka panjang penggunaan kenderaan elektrik (EV).

Menurut, lokasi dicadangkan di Langkawi dan Pulau Tioman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.