Nuridah kekal ketua Muslimat PAS

Nuridah kekal ketua Muslimat PAS

Turut mengekalkan kedudukan adalah Rosni Adam sebagai timbalan dan naib Salamiah Mohd Nor.

Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Mohd Salleh mengekalkan jawatannya selepas menang tanpa bertanding. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Nuridah Mohd Salleh kekal sebagai ketua Dewan Muslimat PAS bagi sesi 2023-2025 apabila menang tanpa bertanding pada pemilihan hari ini.

Turut mengekalkan kedudukan adalah Rosni Adam sebagai timbalan dan naib Salamiah Mohd Nor.

Keputusan rasmi pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Halim Tamuri.

Bagi ahli jawatankuasa kerja Muslimat, seramai 12 calon menang tanpa bertanding selepas terpilih daripada 21 individu yang layak bertanding.

Mereka adalah Asmak Hussin, Mardhiah Hayati Salleh, Mumtaz Md Nawi, Najihatussalehah Ahmad, Noraini Hussin, Norhafiza Fadzil, Reen Mohd Amin, Siti Ashah Ghazali, Uyun Malek, Wahibah Tahir, Wan Hasrina Wan Hassan dan Zuraida Md Noor.

Manakala pemeriksa kira-kira, Basmatul’uyun Yusof dan Normilan Mamat turut menang tanpa bertanding.

Selain itu, Husna Saidon mengekalkan kedudukan sebagai pengerusi tetap dan Nor Zarina Mohd Azhar sebagai timbalannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.