
Afnan menang tanpa bertanding selepas tiada individu menghantar pencalonan untuk merebut jawatan itu yang disandang Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Shaari.
Fadhli tidak mempertahankan jawatan selepas sepenggal menerajui sayap parti Islam itu.
Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS Pusat ke-69 Ab Halim Tamuri.
Sementara itu, Adun Manjoi Hafez Sabri dipilih sebagai timbalan ketua Pemuda, manakala Muhammad Hanif Jamaluddin naib ketua Pemuda, kedua-duanya turut menang tanpa bertanding.
Jawatan timbalan dan naib ketua Pemuda PAS sebelum ini disandang Afnan dan Hanafi Zulkapli.
Pemilihan sayap Pemuda hanya membabitkan AJK bagi merebut 12 jawatan yang menyaksikan 15 calon bertanding. Seramai 735 perwakilan layak mengundi pada pemilihan kali ini.
Mereka yang dipilih adalah, Khairul Nadzir Helmi Azhar, Abdul Malik Ab Razak, Wan Abu Bakar Wan Mahussin, Muhd Khidhir Izaidin, Yusof Abdul Hadi, Muhammad Nazrul Hakim Md Nazir, Mohd Harun Esa, Muhammad Faizuddin Mohd Zai, Mohd Aizat Zakaria, Muhammad Abdul Malik Abdul Karim, Hendri Hamshah dan Muhammad Afiq Mazlan.
Daripada 12 senarai AJK itu empat daripadanya muka baharu.