Jagdeep kini timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang

Jagdeep kini timbalan pengerusi DAP Pulau Pinang

Jawatan itu kosong selepas P Ramasamy keluar parti pada Ogos.

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo sebelum ini adalah naib pengerusi DAP negeri. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo telah mengambil alih jawatan timbalan pengerusi DAP negeri, yang dikosongkan selepas P Ramasamy keluar parti pada Ogos.

Jawatan yang dipegang Jagdeep sebelum ini, iaitu naib pengerusi negeri kini akan diterajui oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim, yang juga timbalan menteri kewangan.

Sementara itu, Adun Berapit Heng Lee Lee mengambil alih jawatan Sim sebagai setiausaha publisiti DAP Pulau Pinang.

Perubahan jawatan itu diumumkan oleh Setiausaha Negeri DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying. DAP Pulau Pinang akan memilih kepimpinan negeri baharunya tahun depan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.