
PETALING JAYA: Polis memanggil enam individu bagi membantu siasatan kematian bayi dua bulan, Qaseh Aulia Faizul, di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara minggu lalu.
Ketua Polis Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata keluarga mangsa dan kakitangan taska terbabit antara individu dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
“Polis masih menunggu keputusan bedah siasat,” katanya menurut Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan Qaseh Aulia meninggal dunia di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, selepas dikatakan mengalami sesak nafas.
Seorang pengasuh wanita berusia 40-an ditahan, sebelum dibebaskan dengan jaminan sementara menunggu keputusan bedah siasat.